|
Maafkan Aku :(
Thursday 20 December 2012 | 18:54 | 0 candie blossom
Assalamualaikum . Haiiiii ! Hari demi hari berlalu bersamamu, kini ku sedar banyak kesalahan yang telag aku lakukan. Setelah terlalu sebentar mendampingi dirimu, mungkin akhir cerita telah tiba. Setelah terlalu lama kau menyiksa diri dengan menyimpan perasaan amarah, perasaan benci, perasaan itupun akhirnya terpaksa kau ungkapkan. Dan akhirnya aku yang dipersalahkan. Salahku apa? Salahku kerana tidak dapat menjadi seperti dia. Dia yang selama ini kau puja, dia yang selama ini kau dambakan. Hanya kerana aku tak mampu menjadi dia disaat awal cerita kita, semua yang aku lakukan terlihat salah dimatamu. Kenapa kau tidak memberikan aku peluang untuk melangkah jauh dengan kakiku sendiri? Kau ingin aku melangkah dengan mengikuti jejak kakinya yang kau dambakan. Aku juga ingin melangkah dengan jalanku sendiri, dengan jejak kaki yang baru yang aku buat. Tapi apa? Aku tak mampu menjadi yang kau inginkan dan akhirnya kau pun membanding-bandingkan aku dengannya. Tahukah engkau betapa sakitnya hatiku setelah membaca semua itu. Entah seperti apa diriku ini kau anggap. Sedarkah kau selama ini aku tak pernah memberitahu siapa mereka yang pernah menjadi milikku sebelum engkau? Itu sebab aku jaga perasaan dan hatimu. Aku mahu kau berjalan dengan langkah kaki yang kau buat sendiri. Bukan dengan mengikuti jejak langkah mereka yang dahulu lebih awal menjadi milikku sebelum engkau. Tapi kau tak mampu membaca isyarat-isyarat yang aku berikan dengan menggunakan bahasa tubuh yang tidak menggunakan huruf, nombor, dan apapun. Tapi ia hanya mampu dibaca dengan hati. Hanya bahasa hati yang mampu membaca, hanya perasaan yang mampu membaca bahasa-bahasa itu. Jika kau ingin aku menjadi seperti dia yang kau puja, aku akan cuba melakukannya tapi berikan aku waktu yang cukup panjang untuk melupakan siapa aku yang sebenarnya. Dan aku pinta agar kau berikan aku waktu yang cukup panjang. Jika dengan menjadi dirinya kau akan bahagia, aku akan cuba. Kau pernah katakan, aku tak pernah buat kau bahagia. Ok. Berikan 1-2 minggu untuk menjadi dirinya jika itu yang kau inginkan. Maafkan aku yang tak pernah buat kau bahagia, maafkan aku karena tak mampu menjadi dirinya, maafkan aku yang tak pernah memahamimu. Maafkan segala kesalahan yang pernah kulakukan.
Labels: SiiGadisSakura |